Sungai Petani Webpage
![]()
Sila REFRESH atau RELOAD Brower anda setiap kali anda melawat laman iniSUNGAI PETANI
Sungai Petani adalah bandar kedua terbesar di Negeri Kedah Darul Aman. Terletak 60 km di selatan Alor Setar dan mempunyai penduduk lebihkurang 200 ribu orang. Jika anda dalam perjalanan dari K Lumpur ke Utara, melalui Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) anda boleh masuk samada Tol Sungai Petani Selatan atau Tol Sungai Petani Utara untuk sampai ke Bandar Sungai Petani.Nama Sungai Petani berasal dari nama salah satu anak sungai kepada Sungai Merbok.
Bandar Sungai Petani terletak di dalam Daerah Kuala Muda dan Kawasan Pentadbiran Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) dan Pejabat Daerah Kuala Muda.
Mercu tanda Sungai Petani adalah Jam Besar yang dibina pada tahun 1934. Tempat-tempat yang sesuai di lawati di sekitar Sungai Petani ialah: Pantai Merdeka, Tanjung Dawai, Gunong Jerai.
Pantai Merdeka terkenal dengan tempat perkelahan sementara Tanjung Dawai terkenal dengan jualan Produk hasil laut seperti Ikan Kering dan Belacan.
Gunong Jerai terkenal dengan tempat peranginan Tanah Tinggi dan lebihkurang 30 km dari Bandar Sungai Petani melalui Jalan Utama Ke Alor Setar. Jika anda menggunakan Lebuhraya PLUS anda boleh masuk ke Rumah Tol Gurun.
Pada hari Jumaat, anda boleh membeli berbagai hasil pertanian yang dijual di Pasar Jumaat oleh petani-petani. Ia nya terletak di Jalan Kuala Ketil iaitu bersebelahan dengan Perhentian Bas Ekspress. Pasar Jumaat memulakan perniagaannya bermula dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam. Anda boleh membeli barang-barang yang dijual disini seperti buah-buahan tempatan, kueh dan makanan tradisional dan lain-lain produk yang dibawa oleh peniaga-peniaga kecil.
Sungai Petani mempunyai beberapa buah pasaraya untuk kemudahan membeli-belah iaitu: The Store di City Square dan SP Plaza, Pasaraya Ceria, Pasaraya Pakson Ria di Taman Sejati, Pasaraya Billion di Jalan Pekan Baru, Pasaraya PTK di Petani Jaya dan Pasaraya Yawata di Taman Ria.
Sungai Petani juga mempunyai tempat makan yang sesuai untuk keluarga menjamu selera makan malam seperti di Medan Jam Besar, Medan Selera Taman Ria, Medan Selera Taman Ria Jaya dan Medan Selera Taman Sejati.
Jika anda berada di Sungai Petani anda boleh menikmati Hidangan Ikan Bakar di Restoran Restin salah sebuah Restoran Melayu di Sungai Petani yang dikendalikan oleh Encik Shidi dan anak-anaknya di 1496 Jalan Merbok iaitu di belakang Balai Bomba Sungai Petani. Restoran ini dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 12.00 malam.
Sungai Petani dihubungi dengan Bandar-Bandar lain dengan rangkaian Lebuhraya Projek Utara Selatan (PLUS), Jalan Raya Persekutuan dan Keretapi.
Stesyen Bas Ekspress di Jalan Kuala Ketil memberi kemudahan perjalanan ke seluruh ceruk tanahair kita di Semenanjung Malaysia baik diwaktu siang atau malam dan pengguna boleh membuat tempahan tiket lebih awal di Stesyen Bas berkenaan.
Link ke Gambar-Gambar Sungai Petani
1. Image of Sungai Petani #1
2. Image of Sungai Petani #2
3. Image of Sungai Petani #3
Dikemaskini Pada:1 Mei 2005
WebSpawner Page Machine
![]()
This page has been accessed
times.
Send Email to: bonzainal@visto.com
This page created using the webpage creation facilities of Webspawner.
Copyright © 2001 Sabli. All Rights Reserved.