
Saya pemburuh besar dari hutan. Tidak perna lapar. Kalau lapar senang ambil senapang dan masuk hutan. Ada payaou, babi hutan, tambadau, banyak jenis burung, buaya dan banyak jenis ikan dalam sungai. Kalau masuk, cepat dapat makanan sedap. Saya orang ada ilmu kuat. Tidak perna risau makanan tidak cukup. Ya, tiada masalah tinggal dalam hutan.
Hai kamu semua. Saya orang yang relax. Saya 'laki masih muda (dua puluh tiga) dan mahu enjoy hidupan. Saya belum kawin juga. Kalau ada free time atau cuti saya masuk hutan 'buruh payaou, pergi 'mancing atau ikut mini bas ke bandar dan minum Stout dalam kedai minuman di sana. Kadang kadang ada kawan atur parti. Biasanya ada tapai, lihing, montaku, dan kalau nasib bagus ada minuman keras dari Pilipine, itu yang seledupan.
Kalau ada masa stress mesti merokok Suryia, jenis rokok dari Indo. Manis, kuat, murah dan lama habis. Bila sedut terus hening...ahhhh sedap.
Bila masuk hutan 'buruh ada banyak ekor binatang. Ada payaou, babi hutan, tambadau dan banyak jenis burung. Dalam sungai ada buaya dan banyak jenis ikan. Senang dapat makanan sedap. Tapi ada situasi bahaya dalam hutan juga. Kalau jumpa ular senduk tudung...haiiii takut lah. Ada pontianak juga. Sebab itu, saya tidak perna masuk hutan 'buruh pada hari Jumaat. Tidak perna nampak pontianak 'tapi ada orang bilang ada perempuan begitu dalam hutan.
Kalau 'mancing mesti cermat juga sebab ada buaya dalam sungai. Beberapa kali ada nampak buaya besar renang dalam sungai. Kalu 'mancing dan tangkap jenis ikan kaloi, boleh jual di bandar sebab ada orang mahu simpan dalam kotak glas. Orang itu fikir ada fung shui tapi saya tidak percaya. Kalau ada orang mahu buang duit, tiadak masalah.
Kalau ada orang mahu tahu machamana saya cari payaou dalam hutan atau tangkap ikan boleh cakap sama saya lah. Kalau ada perempuan cantik mahu cakap, boleh juga. Selemat tinggal.
WebSpawner Page Machine |
Gambar Binatang Sudah Tembak |
Guest Book |
Send E-Mail to: pemburuhgarang@hotmail.com