PROGRAM PERUBATAN DI UNIVERSITI DI INDONESIA
**Peluang kemasukan untuk kursus perubatan bagi pelajar bumiputera.
Pendidikan Aman Sdn Bhd (PASB) menawarkan peluang untuk melanjutkan pelajaran di bidang perubatan di universiti terkemuka di Indonesia.
** Adakah universiti-universiti itu diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia?
Sebanyak 11 universiti di Indonesia yang menawarkan kursus perubatan (Fakultas Kedokteran) diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia melalui Jabatan Perkhidmatan Awam, MMC dan Lembaga Akreditasi Negara (LAN). Antara universiti tersebut adalah :
1. Universitias Indonesia - Jakarta
2. Universitas Gadjah Mada - Bandung
3. Universitas Air Langga - Surabaya
4. Universitas Brawijaya - Malang
5. Universitas Padjadjaran - Bandung
6. Universitas Hasanuddin - Makasar, Sulawesi
7. Universitas Andalas - Padang
8. Universitas Sumatra Utara - Medan
9. Universitas Diponegoro - Semarang
10. Universitas Sriwijaya - Palembang
11. Universitas Udayana - Denpasar
Graduan kursus di universiti-universiti tersebut akan layak untuk terus menjalani housemanship di hospital-hospital Kementerian Kesihatan Malaysia.
** Apakah syarat kemasukan ke program perubatan di Indonesia?
Kelayakan untuk memasuki Fakultas Kedokteran
Calon mestilah memiliki sijil SPM dan salah satu sijil seperti berikut :
1. Maktrikulasi (sekurang-kurangnya PMGT 3.0)
2. STPM (sekurang-kurangnya B bagi semua subjek)
3. A-Levels
4. Diploma dalam subjek sains.
** Perlukah calon yang berminat menduduki sebarang ujian kemasukan?
Sijil-sijil di atas akan melayakkan calon untuk mendaftar Ujian Kemasukan Fakultas Kedokteran di Indonesia yang akan diadakan di Kuala Lumpur. Tarikh-tarikh ujian :
* 17 dan 18 Jun 2006 (Gadjah Mada)
* Jun 2006 ( Universitas Brawijaya dan Universitas Air Langga)
** Jika terlepas tarikh ujian kemasukan adakah peluang kedua?
Peperiksaan Seleksi Penerimaan Mahasiswa Baru (SPMB) dijalankan setahun sekali pada minggu pertama Julai di Bangunan Kedutaan Besar Republik Indonesia bagi calon yang ingin memasuki Universitas selain dari universitas yang dinyatakan. Mereka yang lulus ujian ini akan ditawarkan memasuki Fakultas Kedokteran di Universitas yang dipilih.
** Apakah Kos Pembelajaran bagi program perubatan di Indonesia?
Kos pembelajaran bagi beberapa universiti:
Uni Gadjah Mada (UGM), Yogjakarta (5 - 6 thn)
Yuran masuk : USD14,000 (RM53,620)
Kos pengajian setiap tahun : USD5,000 (RM19,150)
Uni Padjajaran (6 thn)
Yuran masuk : USD15,000 (RM57,450)
Kos pengajian setiap tahun : USD5,000 (RM19,150)
Uni Air Langga (UNAIR), Surabaya (5 - 6 thn)
Yuran masuk : USD14,000 (RM53,620)
Kos pengajian setiap tahun : USD4,000 (RM15,320)
Uni Brawijawa (UNIBRAW), Malang (6 tahun)
Yuran masuk : USD14,000 (RM53,620)
Kos pengajian setiap tahun : USD4,000 (RM15,320)
Uni Hasanuddin (UNIHAS), Makassar (5 tahun)
Yuran masuk : USD10,000 (RM38,300)
Kos pengajian setiap tahun : USD,3,500 (RM13,405)
Tempat Penginapan (asrama) tahun pertama adalah percuma
** Apakah perkhidmatan yang ditawarkan oleh PASB
PASB telah berpengalaman selama 5 tahun mengurus kemasukan pelajar ke Fakultas Kedoktoran di Indonesia. Antara perkhidmatan yang ditawarkan:
* Khidmat perundingan dan nasihat tentang bidang pengajian, universiti dan proses permohonan
*Menguruskan permohonan kemasukan Ujian Khas Kemasukan ke universiti di Indonesia.
*Membantu pelajar memperolehi surat kebenaran daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia bagi membolehkan pelajar mengikuti program perubatan di luar negara
*Membantu pelajar dalam urusan permohonan pinjaman atau tajaan pelajaran daripada agensi kerajaan atau institusi kewangan.
*Membantu pelajar dalam penyediaan menghadapi peperiksaan Ujian Khas Kemasukan dengan membekalkan bahan rujukan dan khidmat latihan khas.
*Membantu pelajar mendapatkan kelulusan visa atau permit belajar.
* Mencari rumah sewa
*Menguruskan perjalanan termasuk membuat tempahan tiket penerbangan dan pengangkutan dari Malaysia ke Universiti di Indonesia
** Bagaimanakah pelajar yang berminat mendapatkan maklumat lanjut?
KEPADA PELAJAR LEPASAN MATRIKULASI:
Satu taklimat percuma akan diadakan di KUALA LUMPUR Mei, 2006. Pelajar yang berminat datang terus ke tempat berkenaan bersama ibubapa atau menghantar butiran diri (nama, alamat dan no telefon) melalui e-mail kepada aman.kb@gmail.com
** Siapakah yang perlu dihubungi untuk sebarang pertanyaan?
Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan terus kepada Pengerusi PASB Dato Aman Hassan (0129284088)
